Friday, December 9, 2011

Chezzy Egg Muffin

Anda ada masa 30 minit ??? ... anda hanya perlukan masa 30 Minit untuk menyediakan Chezzy Egg Muffin!

Cheezy Egg Muffin

Ya ... betullll ... Sangat lah cepat nak menyediakan Chezzy Egg Muffin ni.  Buatnya senang dan kita tak perlu bersusah payah nak menyukat tepung dan sebagainya.  Pendek kata kalau terasa lapar atau tetiba ada tetamu yang datang ke rumah .... boleh sangat buat dan hidangkan cheezy egg muffin ni.  Resepi ni saya perolehi daripada page FB Ummi's Cheezy House.  Resepi ini telah disumbangkan oleh Siti Hafizah di page Ummi's Chezzy House di sini.   Terima kasih ye Siti Hafizah untuk resepi yang mudah dan sedap ni ....  Saya minta izin untuk copy paste resepinya di sini ye.  Untuk Cheezy Egg Muffin yang saya buat ni ... saya dah buat ubahsuai sedikit mengikut citarasa dan apa yang mudah didapati di rumah saya.  Cer semak resepi di bawah ni ;

Sebelum dibakar ...
Semasa dibakar ...
Selepas dibakar ...

CHEEZY EGG MUFFIN
Diinspirasikan oleh : Siti Hafizah

4 biji telur
1 biji bawang besar dipotong dadu
100 gram isi ayam yang dihiris (anggaran)
100 gram mozarella/ cheddar cheese yang diparut (saya guna mozarella)
mix vege (agak2... terpulang nak letak banyak mana) 
1/2 kiub ayam maggi 

CARA2NYA :
-  Panaskan oven 170C - 180C
-  Pukul telur dan kuib ayam maggi hingga sebati (tak perlu beriya2 sgt sampai kembang).
-  Masukkan isi ayam, bawang yang didadu, mix vege dan mozarella cheese.  Kacau sebati.
-  Sapukan butter pada loyang muffin. 
-  Tuangkan adunan.  Untuk resepi di atas ni ngam2 dapat untuk 6 biji muffin saiz besar.
-  Bakar di dalam oven dengan kepanasan 170C - 180C selama 15 - 20 min.  
-  Siap untuk di hidang ;-).  Lebih sedap makan dengan cili sos.

Ada orang kata cheezy egg muffin ni sesuai jugak dimakan bersama nasi.  Pada saya bila2 masa pon sesuai termasuklah untuk sarapan atau pon minum petang. Cuba lah ...

2 comments:

  1. sesuai utk orang bujang yang kelaparan seperti saya

    ReplyDelete
  2. ye betul2 ... sesuai sangat... kalau takde mood nak kuar cari makan ... kita masak je nisak...

    ReplyDelete